Rasa
Sini adalah medium untuk aku meluahkan rasa. Walau masih takut-takut kerana pasti akan ada yang terbaca. Meluahkan pada yang bersuara, aku pasti sukar menerima suara mereka, meluahkan pada yang sepatutnya, sudah hampir pasti tiada. Tapi tak mengapa kalau sini aja yang boleh melegakan.
Kalaulah aku tahu apa yang bakal terjadi, sungguh, aku tak mahu pilih itu dan ini yang membuat terjadinya sekarang. Sudah pasti aku rencana semuanya dengan teliti agar semuanya mengikut apa yang diimpikan.
Dan aku, sering merasa 'sakit',bila berjalan sejauh ini. Setelah itu, aku selalu pujuk hati dengan rangkap kata seperti ini.." tuhan takkan uji hambaNya melebihi keupayaan seseorang hambanya ". Ayat tu biasanya meransangkan hati agar menjadi lebih tenang.
Aku juga berada dalam mood penafian, menafikan setiap perkara yang tidak enak.
Label: HATI dan limpa

0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama