Sabtu, September 11, 2010

Syawal : Wasatiah (bersederhana) & Kepenatan

Seperti Syawal-syawal yang berlalu, kami menyambut secara sederhana. Beraya di Ipoh. Belum menerima kunjungan sanak saudara. Mak dan abah adalah perantau. Jadi, kalau nak jumpa saudara mara, perlu beraya di Negeri Sembilan untuk sebelah abah dan di Utara (Kedah dan Pulau Pinang) di sebelah emak. Seperti tahun lalu, kami postponed bermaafan as Kak Long hanya beraya di Ipoh setelah Syawal kedua.

Raya pertama biasa sahaja. Hanya ada Nasi himpit dan Kuah kacang serta Lemang dan Rendang Negeri Sembilan dan kuih tunjuk-menunjuk. Dan aku, penat berulang alik ke tandas sejak pagi kerana tersalah makan sewaktu berbuka pada malam sebelumnya.

Disebabkan bersederhana dan biasa-biasa sahaja, aku mula mencari aktiviti agar tidak kebosanan, dan inilah hasilnya.









Nota : (1) Semua subjek mengalami kepenatan yang melampau. (2) Kawasan kejiranan kami adalah berkonsepkan 1Malaysia.

Label:

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama