Rabu, Disember 01, 2010

Minggu lepas adalah seronok..!!

The Joyahs

Aktiviti Wajib setiap kenduri kahwin, Crash Pelamin


Minggu lepas adalah antara yang sibuk.

Berbengkel di Port Dickson, Negeri Sembilan adalah penat.

Berkenduri dan pulang ke Ipoh adalah SERONOK

Kenduri membawa maksud Mini reunion.

Berjumpa dengan geng-geng sekolah dulu, tapi masih ada seorang dua yang tak dapat hadir. Macam biasa, bikin heboh macam zaman-zaman kat sekolah dulu. Bergelak besar. Jumpa ex-Penyelia Petang dan beliau cam muka aku..Haha..ingatkan dah berubah sangat sampai orang tak kenal, yela dan 12 tahun dulu..rupanya tak.

Semuanya bergosip macam Joyah, tak cukup kat rumah Sabrina, sambung pula kat Wanggey kat Greentown.

Malamnya, dah janji dengan famili nak pergi gerbang malam. Jalan-jalan cuci mata, beli barang sikit dan luangkan masa bersama mereka walaupun Kak Long tiada.

Esoknya, pagi ahad, heret adik ke Pasar Lookin, atau nama formalnya Ipoh Memory Lane sebab nak cari barang-barang vintage. Tak dapat cari barang untuk diri sendiri, tapi adik dapat Boxy Beg Bonia untuk kamera lomonya dan Hoodie Jacket yang murah tapi cantik. Penghujungnya, kami singgah Nasi Wanggey/Nasi Ganja yang popular di Ipoh untuk beli lauk(google untuk maklumat lanjut). Memang dah lama mengidam, dapat juga makan tapi mamak tu lupa bagi sambal kelapa. Sedap tapi macam tak lengkap

Puas dapat balik ke Ipoh dan dapat luangkan masa untuk aktiviti-aktiviti kecil yang menggembirakan.

Nota : Entri basi, tak sempat update sebab sibuk.

Label:

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama