Perspektif kolot
Sayed Munawar bertanya soalan yang cliche pada tetamu beliau pada Jumaat lepas dalam bual bicara yang dihoskan oleh beliau. Soalan tersebut berbunyi seperti ini (lebih kurang)
Apakah pandangan Dato' apabila isu rasuah yang sering dikaitkan dengan Pejabat Tanah? Dari kalangan SO, sehinggalah kerani yang menjaga fail dikatakan boleh mengaut keuntungan. Ia merupakan isu urban legend.
Dan alhamdulillah, Dato' KP menjawab soalan yang diutarakan dengan tenang, berserta info dan penambahbaikan yang dijalankan oleh agensi.
Sejujurnya, aku memang tidak suka jika dikaitkan dengan isu urban legend yang sering dikaitkan dengan pejabat aku.
Bagi aku, itu semua mentaliti kolot yang harus dibetulkan. Aku pernah dilontarkan dengan penyataan ini.." Ohh..kerja pejabat tanah, nanti senang la nak dapat tanah kat area KL.."
Hello..! Tak pernah terlintas di akal nak buat macam tu..Selagi masih waras dan percaya dengan Raqib dan 'Atid, aku tidak ingin berbuat begitu.
Nota : Kau ingat seronok ke bila orang lain yang buat 'tahi', orang lain terpalit sama? Aku pernah diambil keterangan polis disebabkan shit orang lain. Dan kawan aku, sering berulang alik ke JSJK selama dua tahun untuk memberi keterangan. Bukan semua orang sama.
Label: hempedu

0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama