Khamis, Februari 10, 2011

Berapakah harga ketenangan? Aku mahu bayar

Kalaulah ketenangan itu boleh dibeli dengan wang ringgit, aku sanggup berhutang untuk membayarnya.

Aku rasa aku susah nak tenang kebelakangan ini. Banyak perkara yang terlintas di kepala aku. Banyak sebenarnya yang ingin aku luahkan disini, tapi memandangkan akan ada orang-yang-tak-patut-tahu-terbaca-nanti-dan-kemudian-menyoal-pelbagai-soalan, maka terpaksalah aku pendam dan tapis apa yang patut ditaip di sini.

Aku rasa tak adil untuk aku hadapi ini. Aku takut nak membuat pilihan walaupun aku boleh memilih. Aku takut dengan masa depan. Aku takut dengan kebarangkalian. Aku benci bila aku selalu bertindak/berlagak macam orang bodoh.

Aku rasa aku memang bermasalah bila deal dengan orang-orang yang beremosi, yang tak reti nak bezakan itu dan ini. Jadi aku rasakan aku memang berpotensi untuk menjadi pekerja bermasalah dan partner yang suka mencari-memberi-menerima masalah. Maka, kau dan kau mesti faham/sedar akan perkara ini.

Aku juga rasa rimas bila kadang kala ada orang bodoh yang selalu menganggu aku. Aku tak cari fasal dengan kau, jadi kenapa kau perlu cari aku? Aku tidak berhutang apa-apa dengan kau, jadi berhenti memburu aku. Adakah kau bosan dan tiada hobi lain selain mengganggu aku? Backoff B or SOTB !! Aku tak perlukan kau dalam hidup aku kini.

Kalaulah rasa marah itu boleh aku lepaskan secara fizikal, teringin benar untuk aku berbuat demikian.

Label:

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama