Sana sini sedang promosikan ia

Aku secara peribadi bersetuju dan kagum akan dirinya. Menggunakan media yang sedia ada bagi mengajak ke arah kebaikan. Umum tahu, Sue Anna Joe mempunyai pengikutnya tersendiri dan mempunyai jaringan rangkaian yang agak meluas.
Kenapa aku sokong kempen ini? Satu, sudah tentunya ia adalah tuntutan agama. Yang kedua adalah dek kerana pengalaman yang pernah aku alami. Mari aku kongsikan di sini. Pengalaman pertama adalah semasa di Stesen minyak butang baju kebaya yang aku pakai terbuka di bahagian dada, mujur Kak Long menegur dan aku cepat-cepat kancingkannya kembali. Itu pun selepas aku selesai membayar di kaunter. Mungkin ia hari baik buat cashier itu dan hari malang buat aku jika dia ternampak sesuatu.
Pengalaman yang kedua ini akan aku kenang sampai bila-bila. Ia berlaku sekitar tahun 2008. Baju kurung pesak gantung yang aku pakai koyak di tempat yang tidak sepatutnya (rujuk gambar di bawah). Dan aku tidak tahu berapa lama aku jamu mata-mata mereka itu. Ia hanya disedari setelah aku balik ke department aku, setelah seorang kakak menegur bahagian yang terkoyak itu. Tentu kalian dapat bayangkan betapa malunya aku ketika itu kerana aku berjumpa pegawai lelaki untuk troubleshoot masalah PC beliau.

Baju aku koyak pada anak panah. Yang terserlah adalah bahagian tepi bra
Okay, cukup dua pengalaman diri sendiri. Pengalaman yang ketiga pula adalah pengalaman orang lain. Butang baju kemeja yang dipakai oleh seorang gadis terbuka di bahagian dada menyebabkan ia terdedah dan menampakkan bahagian yang tidak sepatutnya. Terus aku cuit bahu si gadis dan memberitahunya. Lantas si gadis tersipu malu dan cepat-cepat membutangkannya kembali.
Kalau aku dan si gadis tadi melabuhkan lagi hijab yang dipakai, sudah tentu pengalaman yang memalukan ini tidak akan terjadi. *1 Renung-renungkan dan selamat beramal. *2 Anda buat, anda dapat..haha..
Nota : Tagline 1 dan 2 adalah tagline yang dipetik dari Profesor Izzi Haji Ali dan Ustazah Bahiyah
Label: realiti

0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama