Emosi
Emosi kian terganggu dek kerna apa yang terbuku di hati.
Susahnya mahu jujur dengan diri sendiri, dengan orang sekeliling.
Mahu ku hamburkan segala kata yang ku kunci sekian lama.
Kenapa dunia ini tidak adil buat aku? buat kita?
Bila ada sekelumit rasa di dada, lekas ku pujuk hati.." ini adalah ujian buatmu.."
Tapi, sampai bila hati ini boleh terpujuk dek kata itu?
Hingga saat ini, hati ini masih merasakan bahawa masa ada ruang buat kita
Namun, mungkin juga satu saat akan tiba, bila mana lelah yang di rasa, aku akan berpaling dari semuanya
Tolonglah sayang, berikan aku sesuatu itu
Label: HATI dan limpa

0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama