Kreatif hati lara
Saat ini, aku terjelepuk jatuh
Dalam ruang yang paling dalam
Kuatkanlah hati dan jiwa ku ini
Agar dapat bangkit semula dari rasa kecewa
Buanglah rasa cinta ini andai ia bukanlah untukku
Kembalikan ia padaMu
Kerna KAU lah yang berhak pada tiap satunya
-----------------------------------------------------------------------------
Untuk segala kebodohan masa lalu,
di setiap kepayahan yang ku tempuh,
inilah penghujungnya
Noktah buat sesuatu yang tidak sempurna
Namun, di setiap tangisan,
aku percaya akan hadir tawa yang bisa meluputkan rasa ini
Semoga hadir jua penawar
bagi setiap kesakitan yang KAU kurnia ya rabb
Aku perlukan itu sebagai ubat kelukaan masa lalu ku..
Puisi ringkas cukup untuk khabarkan kekalutan hati. Tulisan saat kolam mata menunggu saat untuk meluahkan isinya. Terima kasih tuhan kerana masih menyayangi aku.
Label: HATI dan limpa

1 Ulasan:
Nape plak ni?
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama