Jumaat, Januari 27, 2012

Emosi minggu ketiga tahun 2012

Tak tau nak mula dari mana, seringkasnya emosi aku memang terganggu sejak minggu lepas. Puncanya adalah SMS yang dibaca oleh seseorang. Rahsia yang disimpan oleh seseorang lalu mengusik emosi yang telah lama aku simpan dan pendam. Tak sangka, tapi benar-benar terjadi. Terlepas juga secubit rahsia yang aku sorok sebelum ini. Harap itu yang terakhir keluar dari mulutku. Aku cuba menidakkan rasa yang bersarang di hati, cuba meralitkan dengan keadaan semasa, tidak mahu melayan sahaja. Kalau berseorangan, kenangan lama kerap menyinggah. Bukan mudah nak menyingkirkan segala rasa, terutama bila kau dah pendam terlalu lama. Kalau jeruk, mungkin dah masam rasanya. Kalau buah, mungkin dah buruk rupanya. Kala ini, aku mencari dia, cuba untuk mendengar suara yang mungkin memberi kata dan menenangkan jiwa. Namun, dia tiada. Dia juga punya masalah dan aku tidak mahu menambah beban di dadanya. Akibatnya, aku pendam rasa. Menangis dalam lena, menangis dalam kebasahan.

Label:

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama